Tuesday, June 20, 2017

HO CHI MINH CITY, VIETNAM

Saya sekeluarga telah melawat Ho Chi Minh City, Vietnam pada bulan Februari 2017. Kami menggunakan Penerbangan Airasia dari Johor Bahru terus ke Than Son Nhat International Airport, Ho Chi Minh City. Perjalanan mengambil masa 2 jam untuk sampai di Vietnam. Apabila sampai sahaja di airport, kami mengatur jam mengikut waktu tempatan. Waktu Vietnam adalah 1 jam lebih lewat berbanding Malaysia. Ketibaan kami disambut oleh pemandu pelancong bernama Roy yang menunggu di tiang bernombor 3. Selepas perkenalan ringkas, kami terus masukkan beg ke dalam kenderaan kami dan perjalanan ke Ho Chi Minh pun bermula.

Than Son Nhat International Airport

Ho Chi Minh City ini dahulunya dikenali sebagai Saigon. Kod Lapangan terbangnya pun masih menggunakan SGN iaitu singkatan bagi nama Saigon. Matawang yang digunakan di Vietnam ialah Dong. Pada masa ini, nilai 1,000,000 Dong bersamaan dengan RM197. Sebenarnya bila dah sampai sini, Ringgit Malaysia diterima di hotel kami, di kedai makan dan juga di tempat jualan pakaian dan tudung. Pengangkutan utama di bandar ini adalah menggunakan motosikal. Menurut Roy, terdapat 3 juta motosikal di bandaraya Ho Chi Minh ini. Keadaan ini menyebabkan jalanraya sesak dengan motosikal.

Kami dibawa ke pusat bandar HCM. Di sana kami melawat bangunan ikonik di Bandaraya Ho Chi Minh City iaitu Post War, Saigon Post Office dan gereja Notre Dame. Setelah puas mengambil gambar kami kemudiannya dibawa ke Malaysia Street untuk makan tengahari 

Di dalam Saigon Post Office



Bergambar di hadapan Notre Dame


Kami telah dibawa menikmati makan tengahari di Kampung Melayu Restoran di Malaysia Street. Makanan yang dihidangkan sangat mewah dan kami enjoy sangat. Di Malaysia street ni terdapat banyak kedai makan halal yang boleh kita masuk dan menjamu selera tanpa was-was. Selepas makan tengahari, kenyang sangat, kami meneruskan perjalanan ke Mui Ne. 


Perjalanan ke Mui Ne

Sebenarnya kalau ikutkan jarak, Mui Ne ni cuma 218km sahaja iaitu lebih kurang dari Johor Bahru ke Muar sahaja. Tetapi di sini speed limit dia sangatlah mencabar kesabaran. Disepanjang perjalanan kami, driver tidak pernah memandu melebihi 90km sejam.  Yang sedihnya walaupun pakcik driver tu bawa perlahan dan dengan penuh tertib, dia tetap juga kena saman 2 kali semasa membawa group kami di dalam trip ini.
Pantai Mui Ne yang indah 

Pemandangan matahari terbenam di Pantai Mui Ne


Mui Ne adalah sebuah bandar yang terletak 218km ke belah Timur Ho Chi Minh. Untuk sampai ke bandar Mui Ne ini, perjalanan mengambil masa 4 jam. Apabila tiba di sepadan Mui Ne, kami meluangkan masa melawat pantainya yang bersih dan air yang jernih. Kami berada di pantai sehingga matahari hampir terbenam sepenuhnya.  Selepas itu, kami terus ke hotel penginapan dan berehat. Hotel untuk penginapan, saya uruskan sendiri. Saya dapat rate yang sangat berpatutan iaitu USD40 Dollar untuk 3 buah bilik.


Sand Dune


Keesokan pagi seawal jam 5:30 pagi, kami telah dibawa menaiki Jeep menuju ke padang pasir Vietnam. Tarikan yang menarik di Mui Ne adalah dua buah gurun yang unik. Kami dapat melawat kawasan berpasir yang luas dan kelihatan seperti di gurun di negara timur tengah. Timbulnya minat untuk melawat gurun ini setelah menonton racangan Running Man terbitan SBS, sebuah rancangan aneka ragam korea. Setibanya saya di sini, memang saya kagum dengan kewujudkan gurun ini. Sungguh hebat kuasa Allah swt dengan mengadakan gurun di tempat yang sangat tidak dijangka ini.  Kalau sekiranya kita mempunyai kamera yang DSLR, sudah tentu akan merasa geram ini membuat photo shooting di tempat ini. 


White Sand Desert

White Sand Desert

Luasnya white sand dune di Mui Ne

Kenderaan yang di gunakan untuk menerokai white sand dunes

Aktiviti yang menarik yang boleh dilakukan di sini adalah dengan menuruni bukit pasir. Ahli rombongan sempat juga mencuba aktivit tersebut dan ternyata ianya agak menyeronokkan.




Kemudian kami bergerak pula ke lokasi seterusnya iaitu Red Sand Dune. Di sini, pasirnya berwarna kemerah-merahan. Jarak di antara kedua-dua padang pasir ini adalah 10 km. Oleh kerana kami mengambil masa agak lama di padang pasir pertama, kami sampai di red sand dune jam 10:30 pagi. Walaupun ikutkan masa masih pagi, tetapi cuaca di padang pasir merah ini sangat panas hinggakan guide kami, Roy, tidak mahu menemankan kami meneroka padang pasir tersebut.

Red Sand Desert / Gurun Padang Pasir Merah

Red Sand Desert

Berdrama ala hindustan dengan isteri

Berseronok walaupun hakikatnya kami kepanasan di gurun ini

Eksperimen dengan pasir dan angin


Setelah puas mengambil gambar dan membuat aksi-aksi menarik, kami kemudian meneruskan perjalanan ke perkampungan nelayan Mui Ne. Di sini kami dapat melihat sampan berbentuk bulat yang digunakan oleh rakyat tempatan di dalam aktiviti menjana ekonomi mereka.

Perkampungan nelayan tempatan yang letaknya berhampiran dengan Red Sand Dunes, Di sini kelihatan sampan orang Vietnam yang berbentuk bulat dan tidak dijumpai di tempat lain



Fairy Stream


Perjalanan diteruskan ke lokasi seterusnya. Setelah bergerak lebih kurang 3 km dari perkampungan nelayan Mui Ne, kami melawat anak sungai yang digelar "Fairy Stream" . Kalau dilihat dengan mata, tempat ini sangatlah cantik dan sangat rare. Lapisan tanah yang berbeza warnanya dan tekstur serta jenis batuan dan tanah yang berbeza telah menjadi hiasan lanskap yang sangat mengujakan. Dari permulaan, pengunjung akan menyusuri anak sungai dan perlu berjalan sejauh 300-400m ke ulu sungai untuk melihat lapisan tanah dan batuan yang berwarna-warni.

Lapisan tanah berwarna-warni menghasilkan seni lanskap yang cantik di Fairy Stream. Terasa bagaikan berada di dalam 'fairy tale' 

Gambar sekeluarga dari sudut pandang yang berbeza

Struktur tanah dan batuan yang menampilkan corak yang menarik

Kami meluangkan masa yang agak lama di Fairy Stream ini. Perjalanan menyusuri anak sungai ini tidak pernah membosankan kerana keindahan alamnya dan juga orang tempatan membuat jualan barangan cenderahati dan juga ada kegiatan menunggang burung unta.

Selepas itu, kami pulang ke hotel untuk bersiap sebelum makan tengahari di restoran halal di sebelah hotel kami. Makanan yang disediakan amatlah mewah dan kami sangat enjoy. Oleh kerana nak cari makanan halal agar sukar, kami bungkus makanan yang disediakan untuk di nikmati di hotel pada waktu malam.

Menanti makanan dihidang

Lauk pauk yang kami makan


Selepas makan tengahari, kami pulang ke Ho Chi Minh City. Hotel di HCM juga saya uruskan sendiri. Apabila diuruskan sendiri, saya dapat penginapan yang murah dan sangat hampir dengan Malaysia Street. Perjalanan pulang ke Ho Chi Minh City juga mengambil masa 4-5 jam kerana keadaan jalan raya di Vietnam. Kami tiba di HCM pada jam 8:00 malam. Aktiviti membeli belah dimulakan sehingga lewat malam. Sedikit tip, kalau betul-betul berminat baru tanya kepada peniaga di HCM ini. Kalau tidak pasti lebih baik berfikir dahulu kerana peniaga di sini mempunyai kesungguhan yang tinggi agar kita membeli barangan mereka.


Chu Chi Tunnel


Keesokan harinya kami menuju ke Chu Chi Tunnel. Ini adalah sejarah masyarakat Vietnam di dalam usaha mereka mempertahankan kampung mereka daripada penjajahan luar. Perjalanan ke Lokasi Chu Chi ini mengambil masa Satu jam setengah. Chu Chi ni apabila dibaca ianya berbunyi Ku Ci dan bukannya Cu Ci seperti yang saya andaikan sebelum melawat tempat ini.

Penduduk Vietnam telah menggali sejauh 200km jaringan terowong-terowong yang mampu digunakan semasa peperangan. Peperangan yang berlarutan menentang penjajahan Peranchis dan Amerika telah menyebabkan rakyat Vietnam bersatu dan membina terowong-terowong ini. Pergerakan memerdekakan Vietnam ini dipimpin oleh tentera Vietcong dan akhirnya mereka berjaya mengusir penaklukan Amerika pada 29 Mac 1973. Pemimpin yang pertama berjaya menyatukan bangsa Vietnam ini adalah Ho Chi Minh dan beliaulah Presiden pertama Vietnam. Kami ditunjukkan struktur yang berbeza di dalam terowong itu seperti dewan, dapur, bengkel ketukangan, sekolah dan sebagainya.

mencuba sendiri terowong Chu Chi

Percubaan menyelinap masuk ke dalam terowong Chu Chi

bergambar di hadapan tinggalan kereta kebal Amerika yang tewas dengan senjata orang Vietnam

Mencuba menu makanan di zaman peperangan iaitu teh dan ubi kayu.

Mekong Delta

Setelah puas meneroka dan mempelajari sejarah kehidupan zaman penjajahan, kami bergerak ke sebuah lagi lokasi yang menarik untuk dikunjungi. Lokasi tersebut adalah Mekong Delta yang jaraknya adalah 2 jam perjalanan dari lokasi Chu Chi Tunnel. Mekong delta ini adalah wilayah yang subur dan sangat terkenal sebagai pusat penanaman buah-buahan. Buah yang paling terkenal di Mekong Delta ini adalah mata kucing.

Sebelum naik bot, kami makan tengahari di sebuah masjid. Makanannya mewah dan sedap pulak tu

Menaiki bot tradisional yang dibuat drpd kayu ke Dragon Island

Menaiki sampan di anak sungai

Sampan di anak sungai

mendayung sampan yang diusahakan oleh rakyat tempatan

Kereta kuda juga disediakan termasuk di dalam pakej

Perusahaan membuat gula-gula kelapa

Apabila berada di Dragon Island ini, semua pengangkutan, makan dan minuman adalah termasuk di dalam pakej. Naik sampan yang diusahakan oleh rakyat tempatan juga termasuk di dalam pakej. Cuma kita boleh beri tip kepada pendayung sampan tersebut sebagai tanda terima kasih.


Balik Ho Chi Minh

Apabila melawat Ho Chi Minh, sudah pasti salah satu aktiviti penting yang tidak harus dilepaskan adalah untuk shopping. Di bandaraya ini, biasanya pelancong akan melawat Ben Than Market. Saya berpendapat Ben Than Market ini lebih kurang sama dengan pasar phillipine di Kota Kinabalu. Kalau kita tiada masalah bajet, boleh lah membeli belah di dalam pasar tersebut. Namun demikian, kalau adalah kekangan sikit, kita boleh membeli belah di pasar malam di sebelah kiri dan kanan Ben Than market. Di pasar malam ini, boleh lah kita mengasah bakat membida harga yang berpatutan. Saya mengambil peluang untuk menempah baju kot untuk digunakan dalam urusan rasmi pejabat dengan harga yang sangat murah. Sepasang kot itu saya dapat dengan harga RM200 sahaja dan disiapkan dalam tempoh 24jam. Sangat berbaloi dan rugi kalau tidak menempah kot tersebut kalau datang ke HCM ini. Ini adalah harga kot termurah di dunia...

Bersama pelancong dari Iran di pasar malam berhampiran dengan Ben Than Market

Keadaan membeli belah di Malaysia Street

Beg-beg berjenama pun ada dijual dengan harga murah


Balik JB

Pengembaraan kami akhirnya sampai di penghujung. Kami semua meninggalkan hotel pada jam 5:30 pagi menuju ke lapangan terbang. Kami menaiki pesawat untuk pulang ke Johor Bahru. Bagi saya, ini adalah pengembaraan keluarga yang sangat bermakna. Semoga ada peluang mengembara bersama keluarga lagi.

Sebelum boarding flight ke Johor Bahru

Selamat kembali ke tanahair. Terima kasih AirAsia


Kos trip Vietnam

Flight Ticket           RM300
Pakej Lawatan        RM800
Hotel                      RM300
Lain-lain                 RM100
Jumlah                   RM1,500 seorang

UMRAH DI TANAH SUCI MEKAH

Pada bulan Disember 2016, saya dan keluarga mendapat peluang menjadi tetamu Allah. Dengan rasa syukur saya nurkilankan pengembaraan sahaja ya. Perjalanan saya bermula dari Johor Bahru dengan menaiki Malaysia Airline ke KLIA. Di KLIA kami menggunakan Qatar Airwars transit di Doha dan seterusnya penerbangan terus ke Madinah Munawwarah. Pengembaraan ini disertai oleh keluarga, iaitu ibu mertua saya, ipar dan kakak kandung saya.

Kalau nak pergi umrah, dinasihatkan agar kita berada di KLIA 4 jam sebelum penerbangan. Ini adalah kerana KLIA ini merupakan bangunan yang besar dan proses check in dan boarding nya boleh merisikokan perjalanan kita. Maksud saya, setelah tamat taklimat yang diberikan oleh pegawai, kami diberi kurang daripada 1 jam untuk masuk melalui proses imigresen, kemudian naik transit rel ke international boarding terminal lepastu berjalan/berlari lagi ke kapal terbang. Saya pikir kalau tak bertanya, maunya terlepas flight.


Rombongan umrah kali ni bersama mertua dan keluarga

Setelah melalui cabaran yang disenaraikan di atas, berjaya juga kami masuk dalam kapal terbang walaupun beratur nak masuk tadi sangatlah panjang. Kami menaiki kapal terbang Airbus A340 yang boleh membawa 300 orang atau lebih penumpang.


Di dalam kapal terbang


makan time. saya suka sangat makan

Penerbangan ini mengambil masa 9 jam dan kami perlu transit di Doha untuk menukar flight ke Madinah. Setelah melalui penerbangan selama 2 jam lagi, kami sampai di Madinah pukul 5:00 pagi. Proses imigresen di Lapangan Terbang Hamad, Madinah sangat meletihkan. Oleh kerana saya membawa mak mertua menggunakan whellchair, maka kami dapat pelepasan segera imigresen. Manakala ahli keluarga yang lain perlu menunggu dalam masa yang agak lama kerana imigresen Arab Saudi sangat teliti menerima tetamu dari luar negeri bagi membendung masalah penyalahgunaan VISA Umrah.

Di luar lapangan terbang Madinah.

Pada pagi tersebut, kami terus melawat Masjid Nabawi

Apabila berada di Madinah, syarikat pelancongan kami telah memberikan beberapa tips untuk kami lakukan di Madinah terutamanya melawat Makam Nabi dan Beribadah di Raudah. Masjid Nabawai adalah sebuah masjid yang sangat besar. Oleh yang demikian, kita perlu ada strategi untuk berada di lokasi sembahyang yang menjadi tumpuan. Sekiranya tiada strategi maka kita pasrah sahajalah di mana saja kita akan bersolat nanti. Bulan Disember adalah musim sejuk di Madinah, cuaca sejuknya antara 16-21darjah celcius. Maka, kalau kita bersolat di luar masjid atau di atas marmar masjid, sejuk dia boleh meresap ke dalam tulang. Maka dengan itu, tertutamanya di waktu malam, perlu memakai pakaian yang sesuai dan juga membawa sejadah sendiri in case tiada tempat di dalam saf dan perlu mengalah dan bersolat di luar pintu Babus Salam atau Babul Baqi'.

2-3 Hari kami di Madinah diisi juga dengan lawatan ke lokasi bersejarah seperti Masjid Quba. Masjid Quba adalah masjid yang pertama dibina menurut sejarah Islam. Setibanya kami di masjid Quba' kami menunaikan solat menghormati masjid dan berdoa ikut kehendak kita.

Di hadapan masjid Quba'

Di dalam ruangan solat di dalam masjid Quba'

Kami juga di bawa melawat ke ladang kurma serta medan pertempuran Uhud. Apabila berada di ladang kurma, kami diperkenalkan dengan kurma Ajwa, iaitu kurma Nabi. Kurma ini mempunyai sejarah yang menarik di mana orang yahudi telah merebus biji kurma sebelum memberikan kepada Nabi. Mereka yakin bahawa benih kurma tersebut tidak akan bercambah. Namun, dengan kuasa Allah, kurma yang diberikan oleh Yahudi itu di tanam oleh Rasullullah saw dan ianya hidup dan mengeluarkan buah sehingga sekarang. Kurma ajwa ini berharga RM100 sekilogram.

Jabal Rummah di mana tentera islam berkubu semasa perang Uhud


Di medan pertempuran Uhud, kami diberi penerangan mengenai peritiwa Uhud di mana lokasi perang, lokasi bukit di mana tentera Islam berkubu dan juga di medan di mana tentera musyrik menyerang semula orang Islam. Di situ juga makan Saidina Hamzah yang dibunuh dengan kejam oleh pembunuh upahan musrik dan juga hatinya dikunyah-kunyah oleh seorang wanita musyrik juga diceritakan kepada kami.

makam Saidina Hamzah r.a.h.

Kami juga sempat melihat Masjid Qiblatain semasa di dalam perjalanan pulang ke penginapan kami. Mengikut sejarahnya, masjid Qiblatain ini pada mulanya berkiblatkan BaitulMuqaddis di Palestin. Namun pada hari, Rasullullah saw telah menerima wahyu dan mengubah kiblat orang islam ke arah Masjidilharam di Mekah. Maka Rasulullah saw telah berpaling ke arah Mekah dan kiblat orang Islam ditetapkan ke arah Mekah sejak daripada peristiwa tersebut.


Masjid Qiblatain

Suasana solat Jumaat di Masjid Nabawi sangat menyeronokkan kerana dapat melihat ratusan ribu umat Islam dari seluruh dunia menunaikan solat Jumaat bersama-sama. Setelah tamat solat, kesemua ahli jemaah bergerak dengan tertib untuk menuju ke destinasi masing-masing.

Selepas solat Jumaat.

Makanan di Madinah ni ada banyak masakan arab, namun kita ada banyak pilihan untuk makan menu macam di negara kita. Cuma bezanya di sini harganya mahal sikit.

Perjalanan ke Mekah


Pada hari terakhir di Madinah, kami telah bersiap dengan memakai pakaian ihram semasa menunaikan solat terakhir di Masjid Nabawi. Kemudian kami bergerak di dalam bas ke Masjid Bir Ali untuk memulakan ibadah umrah. Perjalanan ke Mekah mengambil masa 4-5 jam. Di dalam perjalanan, kami sempat singgah di R&R untuk menikmati makan malam. Makanannya simple sahaja. Tetapi kami makan berselera tu... mungkin lapar agaknya. 

Bergambar di R&R selepas makan malam nasi arab lauk ikan tilapia goreng


Apabila tiba di Mekah, kami terus melaksanakan tawaf umrah, saie dan juga mencukur rambut. Semasa lawatan kami, masjidil haram telah mengalami transformasi yang sangat pesat. Kerja-kerja membesarkan bangunan berjalan dengan pesatnya. Satu perkara yang menarik lagi adalah di dalam masjid yang luas ini, sebahagian besarnya di lengkapi dengan penghawa dingin. 

Hotel kami, Heraa Hotel letaknya 900 meter daripada dataran Masjid, justeru itu, kami perlu berada 1 jam sebelum masuk waktu solat untuk memastikan kita dapat beribadat di dalam masjid. Sekiranya di dalam musim Haji, saya dibertahu bahawa jemaah mestilah berada di masjid 4 jam sebelum masuknya waktu solat.

Suasana Tawaf di Masjidilharam 

Selepas tawaf, saya bergerak untuk menunaikan saie di antara bukit Safa dan Marwah. Saie ini dilaksanakan selepas kita tamat menunaikan solat sunat tawaf dan minum air zam zam. Jarak antara dua bukit ini adalah 700 meter. Oleh yang demikian, perjalanan pergi balik semasa melakukan tawaf adalah dalam lingkungan 4.5km. Oleh kerana ramai jemaah yang melakukan tawaf, kita tidak sempat berasa kepenatan apabila melaksanakan saie ini.

Di bukit Marwah iaitu lokasi terakhir pada kiraan 7 
berulang-alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah

Selepas itu, kami dapat meluangkan masa melawat Muzium yang menyimpan pelbagai sejarah dan ilmu pengetahuan mengenai Masjidil Haram. Kita juga dapat melihat sejarah dan perubahan-perubahan yang berlaku di Masjidil Haram dari zaman dahulu sehingga ke zaman sekarang.

Di hadapan Muzium

Di hadapan gambar Masjidil Haram pada tahun 80 an

Saya juga ingin berkongsi pengalaman mendaki Gunung Nur untuk sampai ke gua Hira, Gua Hira' adalah tempat bersejarah untuk umat Islam kerana di sinilah lokasi Rasulullah saw menerima wahyu yang pertama. Pendakian dimulakan pada jam 9:00 malam. Ketinggian yang perlu didaki untuk sampai di Gua Hira adalah 1 km. Pendakian pada waktu malam pada musim sejuk memang sangat menyeronokkan. Pendakian dari bawah ke puncak melalui permukaan gunung yang berbatu. Orang tempatan telah memudahkan pendakian dengan menyusun batu-batu menjadi tangga dan ada sebahagian kawasan itu disimen dengan kemas untuk memudahkan pendakian. Pintu gua Hira adalah sempit dan hanya boleh dimasuki oleh seorang dewasa di dalam satu masa. 

Gua Hira menurut Google Maps

Pintu Gua Hira'

Semasa di Gua Hira' Mutawwif memberitahu bahawa tiada amalan spesifik yang dituntut. Oleh yang demikian, kami hanya membaca beberapa ayat quran dan berdoa beramai-ramai. Susana yang indah berada di puncak gunung dan kita dapat melihat pemadangan kota mekah serta Masjidil Haram dari jauh amat mendamaikan. Kami diberitahu bahawa semua masjid atau rumah ibadat di Kota Mekah menggunakan lampu hijau di menaranya. Disitu kita dapat melihat taburan lampu hijau yang sangat banyak dari Gunung tersebut hingga ke Masjidil Haram.