Saya sangat teruja dan gembira nak pergi Jepun bersama isteri tersayang. Ini adalah kali pertama dalam hidup kami melawat negara matahari terbit. Anak
saudara kami Awin dan suaminya Ajak juga menyertai trip ini. Kami menggunakan maklumat daripada rakan-rakan yang pernah pergi dan kisah-kisah travelog sebagai panduan di sepanjang trip ini. Misi utama trip ini adalah untuk mengalami atau bermain salji.
Seawal pukul 5:00 pagi lagi, kami telah mendaftar masuk di kaunter KLIA 2. Selepas check-in kami masuk ke terminal untuk penerbangan ke Kansai International Airport(KIX). Penerbangan selama 6 jam 50 minit menggunakan pesawat Airbus A330-300 adalah lancar dan sangat selesa. Kami telah beli tiket ke Osaka ini 6 bulan lebih awal sebelum penerbangan untuk mendapatkan tiket murah.
Kami telah tiba di lapangan terbang antarabangasa Kansai
tepat jam 3:20 petang. Urusan imigresen sangat pantas dan lancar. Cuaca sejuk di airport tersebut dengan suhu 9 darjah sudah mula membangkitkan kegembiraan kepada kami. Waktu di Osaka adalah satu jam lebih awal berbanding dengan waktu di Malaysia. Pada musim dingin pula, waktu malamnya lebih awal iaitu pukul 5:10 petang atau bersamaan pukul 4:10 petang di negara kita. Pada waktu itu, waktu
maghrib hampir tiba, jadi kami telah berjumpa dengan staff lapangan terbang
tersebut untuk pergi ke surau. Kami amat bersyukur kerana disediakan sebuah
surau yang indah kepada pengembara muslim macam kami.
Muka-muka ceria sebaik tiba di Kansai International Airport(KIX)
Arah kiblat seperti yang diletak di siling surau lapangan terbang KIX
Selepas itu, kami membeli kad ICOCA dengan nilai topup 5000 yen untuk
perjalanan ke tempat kami bermalam. Kad ICOCA ini boleh digunakan di majoriti kemudahan pengangkutan awam di sini. Kami menaiki keretapi JR line selama 60 minit sebelum
sampai ke stesen subway Bentencho untuk perjalanan seterusnya ke perhentian
kami iaitu Osakako. Dari stesen Osakako kami berjalan sejauh 300 meter untuk
sampai di penginapan kami iaitu Universal Bay Condominium.
Setelah berehat seketika, kami keluar semula untuk pergi ke 7 Eleven untuk membeli bahan makanan yang boleh dibeli. Kami membeli beras, roti, telur dan minyak masak. Beras di sini dijual dengan harga RM19 sekilo. Manakala bagi roti pula, ada dua jenis roti buku yang dijual di sini, samada dipotong 4 atau 6. Potong 4 maknanya lebih tebal daripada potong 6. Walaupun setiap buku roti itu tak banyak mana, ianya berharga RM23 sebuku. Minyak masak pula berharga RM36 satu liter. Boleh tahan juga kan harganya.
Membeli kad ICOC dan menambah nilai sebanyak ¥5000

Apartment kami
Sebelum tidur, jangan lupa tetapkan mesin penghawa dingin kepada suhu yang sesuai dengan kita. Oleh kerana semasa ini musim, sejuk pastikan kita tetapkan suhu 29-30 darjah celcius. Kalau tidak besok pagi beratla nak keluar dari selimut sebab sejukkk..
HARI KEDUA
Bangun pagi, kami bersarapan makanan segera yang dibawa dari
negara kita. Menu sarapan kami pagi ini adalah nasi goreng, telur dadar, kari ayam dalam tin Adabi dan sambal bilis adabi. Alhamdulillah, bila makan masa winter, semuanya sedap belaka.
Kemudian, kami berjalan di kawasan kejiranan Kaiyu dan mendapati ada
beberapa lokasi yang menarik untuk dilawati. Wi-fi disediakan di sepanjang
jalan Kaiyu ini. Tarikan yang ada di sini adalah Tempozan Ferris Wheel, Lego
Discovery Center, Kaiyukan Aquarium dan beberapa taman awam di situ. Kalau ada masa,
ketiga-tiga tarikan ini boleh dilawati dengan pakej istimewa bermula dengan
3,000 yen. Kaiyukan Aquarium ini adalah antara akuarium terbesar di dunia.
Ianya menampung 5,400 tan air yang menyediakan 30,000 spesis hidupan air dan
darat. Tarikan utama akuarium ini adalah Ikan Paus Jerung sepanjang 5 meter dan
juga himpunan ikan-ikan yang mempunyai rupa yang unik di dunia pada masa ini.
Sarapan 'heavy' sebab nak jalan kaki hari ni
Sebelum memulakan pengembaraan, bergambar di depan apartment
Tempozan Ferris Wheel
Kami teruskan perjalanan ke jeti untuk menaiki feri ke seberang sungai. Yang bagusnya, feri ini disediakan percuma kepada semua orang. Kami lagi lah suka mana-mana kemudahan yang disediakan percuma kan. Setelah sampai di seberang kami berjalan ke Universal Studios Japan. Kepada penggemar taman tema Universal Studios, Universal Studios Osaka ini adalah francais kepada taman-taman tema Universal Studios yang berpangkalan di Amerika Syarikat. USS Japan di sini tarikan yang dilihat unik adalah Minion Park dan Harry Porter. Kalau nak masuk tiketnya adalah 9,000 yen tetapi pastilah kalau masuk, 4 jam pun tidak cukup untuk mengalami semua tarikan dan permainan yang disediakan.
Di luar universal studio ini tedapat juga beberapa outlet
francais antarabangsa yang menyediakan pelbagai tarikan dan juga makan.
Ada Hard Rock café kepada yang suka mengumpul bahan kenangan macam t-shirt atau
shot glass. Ada juga restoran Red Loster yang terkenal di US dengan masakan
udang kara. Ada juga Bubba Gump restoran dengan segala kenangan filem terkenal
Forrest Gump.
Ada macam-macam lagilah bila berjalan-jalan di sini. Tanpa disedari, waktu pada masa itu dah pukul 6 petang, Maknanya keadaan gelap di kota Osaka. Pada malam itu, kami menaiki subway dan balik ke tempat penginapan untuk berehat. Kami hendak pulang awal berehat kerana bercadang untuk pergi ke Biwako Valley iaitu lokasi taman tema salji yang terkenal yang terletak di Utara Kyoto pada keesokan hari.
Sebelum balik ke apartment, kami mencuba shopping seperi orang tempatan. Saya mendapati kedai-kedai makan di sini saiznya kecil sahaja. Kalau dihitung setiap kedai makan/restoran hanya ada 20-30 tempat duduk sahaja. Jadi saya pun membayangkan bagaimana mereka boleh berniaga dan dapat untung kalau tempat duduk hanya sedikit sebegitu. Satu lagi yang unik di sini, setiap tingkat mall kalau tema dia makanan, maka makanan sahaja yang dijual. Saya menjumpai sebuah gedung membeli-belah yang menempatkan lima tingkat kedai-kedai yang menjual makanan sahaja. Sungguh menarik kehidupan orang Osaka ni. Kami sempat membeli sushi dan strawberi mampu milik dalam kesempatan yang ada itu.
Pada malam tersebut, ramalan cuaca menyatakan bahawa keesokan harinya adalah hujan bagi Bandaraya Osaka dan di semua taman salji, jadi kami menangguhkan hasrat untuk pergi ke Taman Salji pada keesokan harinya.
Hard Rock Cafe Osaka
Di hadapan sebuah restoran jenama tempatan

Antara sushi yang dijual. Nampak menyelerakan kan? Harga kena tengok juga
Pada malam tersebut, ramalan cuaca menyatakan bahawa keesokan harinya adalah hujan bagi Bandaraya Osaka dan di semua taman salji, jadi kami menangguhkan hasrat untuk pergi ke Taman Salji pada keesokan harinya.
HARI KETIGA
Pada hari ini, hujan telah turun di bandaraya Osaka sepanjang hari, maka
rancangan kami untuk melawat ski resort terpaksa ditangguhkan. Jadi kami telah
pergi membuat lawatan ke tempat-tempat menarik di Bandaraya Osaka.
Terdapat pelbagai tarikan yang boleh dilawati seperti yang dicadangkan oleh brosur yang kami termui. Namun demikian, kerana bandar Osaka ini agak besar, kami tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengembara di kesemua cadangan yang telah diberikan.
Kami telah melawat UMEDA Sky Building. Sebuah bangunan setinggi 173m yang unik seolah-olah sebuah kapal angkasa mendarat di atas bangunan tersebut. Kami menaiki lif hingga ke tingkat 39 sebelum dibawa masuk ke kawasan peninjauan 360o untuk mengambil gambar dan melihat-lihat Bandaraya Osaka dari pandangan atas bangunan ini.
bergambar di hadapan penginapan sebelum memulakan pengembaraan
Terdapat pelbagai tarikan yang boleh dilawati seperti yang dicadangkan oleh brosur yang kami termui. Namun demikian, kerana bandar Osaka ini agak besar, kami tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengembara di kesemua cadangan yang telah diberikan.
Di subway lah tempat yang sesuai untuk berjumpa dengan orang tempatan
Suka diorang ni... Mudah-mudahan mereka atau anak-anak mereka boleh belajar di KPYPJ di masa akan datang
Kami telah melawat UMEDA Sky Building. Sebuah bangunan setinggi 173m yang unik seolah-olah sebuah kapal angkasa mendarat di atas bangunan tersebut. Kami menaiki lif hingga ke tingkat 39 sebelum dibawa masuk ke kawasan peninjauan 360o untuk mengambil gambar dan melihat-lihat Bandaraya Osaka dari pandangan atas bangunan ini.
Selepas melawat Umeda Sky Building, kami sempat melawat
beberapa tarikan yang disediakan kepada pelancong bandaraya ini antaranya taman
permainan ice skating, laman bermain salji dan juga pameran bunga. Kesemuanya
di sediakan untuk pengunjung bandaraya yang pesat ini.
Outdoor Ice Skating Rink
Selepas itu, kami keluar dari stesen Namba untuk meninjau lokasi
membeli-belah yang terkenal di Osaka ini. Setibanya kami di Shishaibashi
street, kami dapat melihat ramai orang dengan tujuan yang pelbagai di sini. Keseluruhan jalan-jalan dan kedai-kedai di kawasan ini digelar Dotombori. Tempat ini menjadi tumpuan ramai
pelancong dan juga penduduk tempatan. Kami dapat melihat
pelbagai lapisan masyarakat yang datang ke tempat ini. Ada pelbagai kedai berjenama antarabangsa dan juga kedai yang menjual barangan berpatutan. Ada juga kedai yang menjual barangan pre loved atau 2nd hand. Barangan ini dijamin original oleh semua peniaga di sini. Saya ada juga mengintai barang-barang yang popular seperti Hermes Birkin, versace dan lain-lain lagi. Harganya ya ampun, masih mahal juga walaupun pre loved. Namun begitu, ada juga barangan yang agak murah dan sesuai untuk dibeli jika dibuat perbandingan dengan harga di Malaysia.
Makan malam di Restoran Bintang Osaka
Nasi Ayam Penyek yang sedap
Kemudian setelah itu, kami kena pulang ke penginapan melalui stesen Umeda dan tukar dengan Chou Line ke Stesen Osakako. Dalam tempoh 18 minit kami telah sampai ke tempat penginapan. Kami berehat dengan fikiran untuk keluar awal keesokan hari.
HARI KEEMPAT
Setelah mendapat maklumat mengenai sebuah lagi tarikan untuk bermain sajli, kami membuat keputusan untuk menukar lokasi lawatan dari Biwako Valley ke Rokko Snow Park, Kobe. Lokasi di Kobe ini lebih dekat dan bayaran masuknya adalah lebih murah berbanding di Biwako Valley. Pukul 9:00 pagi kami keluar dari rumah menuju ke Stesen
Osaka. Kami pergi ke Hankyu Tourist Information Center untuk membeli tiket
perjalanan dan tiket masuk ke Mt Rokko Snow Park. Nak main snow..... impian kami
untuk bermain salji hampir menjadi kenyataan.
Pass promosi untuk melawat Rokko Snow Park adalah ¥3000 seorang iaitu lebih kurang RM118 seorang. Dari stesen tersebut, kami menaiki keretapi Hankyu menuju ke Kobe. Perjalanan ke stesen Rokko mengambil masa 30 minit. Selepas itu kami menaiki bas bernombor 16 ke stesen cable car di kaki gunung Rokko.
Perjalanan menaiki bas ini mengambil masa 15 minit. Setibanya kami di stesen cable car, kami menaiki cable car yang telah digunakan sejak tahun 1920an lagi. Perjalanan menaiki kereta kabel ini mengambil masa 10 minit dengan jarak lebih kurang 1 km ke puncak Gunung Rokko. Dari Stesen Kereta Kabel ini, kami perlu menaiki bas ke Rokko Snow Park. Perjalanan menaiki bas ini mengambil masa 10 minit.
Mencuba sendiri pakaian tradisional Jepun
Pass promosi untuk melawat Rokko Snow Park adalah ¥3000 seorang iaitu lebih kurang RM118 seorang. Dari stesen tersebut, kami menaiki keretapi Hankyu menuju ke Kobe. Perjalanan ke stesen Rokko mengambil masa 30 minit. Selepas itu kami menaiki bas bernombor 16 ke stesen cable car di kaki gunung Rokko.
bentuk keretapi Hankyu seperti keretapi antik berwarna perang gelap
Perjalanan menaiki bas ini mengambil masa 15 minit. Setibanya kami di stesen cable car, kami menaiki cable car yang telah digunakan sejak tahun 1920an lagi. Perjalanan menaiki kereta kabel ini mengambil masa 10 minit dengan jarak lebih kurang 1 km ke puncak Gunung Rokko. Dari Stesen Kereta Kabel ini, kami perlu menaiki bas ke Rokko Snow Park. Perjalanan menaiki bas ini mengambil masa 10 minit.
Rokko Snow Park menyambut kedatangan kami yang sudah
pastinya teruja untuk bermain dengan salji. Taman Salji ini menyediakan
kemudahan yang lengkap kepada penggemar aktiviti salji seperti ski, snowboarding,
sledging dan juga sekadar bermain salji. Bagi peminat suka ski, taman ini
menyediakan dua jenis cerun untuk mereka merasakan pengalaman menuruni bukit
salji. Sekiranya ingin mencuba sukan
ini, kita boleh menyewa peralatan yang disediakan dengan kos ¥5000.
Kami? Kami cukuplah sekadar bermain salji dan juga membuat snowman. Pengalaman
bermain salji ini sudah cukup menggembirakan hati kami berempat.
Pintu Masuk ke Rokko Snow Park
Taman ini juga sangat mesra pengunjung muslim kerana
menyediakan kemudakan surau dan juga menjual makanan halal. Pendek kata, di
sini tidak perlu risaukan tempat untuk bersolat dan juga makan makanan halal.
Kami sangat gembira kerana dapat makan makanan panas di tempat yang sejuk seperti di Rokko
Snow Park ini. Selepas itu kami pulang ke Osaka semula dengan menaiki bas
terakhir meninggalkan taman itu iaitu jam 5:30 malam.
Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Osaka yang mengambil masa lebih kurang 40 minit. Setibanya di Osaka kami telah melawat Shinsaibashi, sebuah pusat membeli belah moden yang sangat besar. Tujuan kami ke sini bukan untuk shopping, tetapi untuk pergi ke bahagian kerusi urut seperti Ogawa dan sebagainya. Di sini kita boleh menggunakan mesin-mesin tersebut tanpa rasa bersalah sebab kita boleh lihat rakyat tempatan berlumba-lumba untuk menggunakan kerusi-kerusi urut yang disediakan. Pembantu jualan di sini pun tidak kisah kalau kami mencuba mesin-mesin tersebut malah mereka menggalakkan lagi. Sungguh menyeronokkan melawat Osaka ni, boleh dapat perkhidmatan urut percuma.
Bergambar di tangga Club House, tempat kami makan makanan halal
Pintu masuk surau
Sejuk. Sementara menanti bas terakhir
Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Osaka yang mengambil masa lebih kurang 40 minit. Setibanya di Osaka kami telah melawat Shinsaibashi, sebuah pusat membeli belah moden yang sangat besar. Tujuan kami ke sini bukan untuk shopping, tetapi untuk pergi ke bahagian kerusi urut seperti Ogawa dan sebagainya. Di sini kita boleh menggunakan mesin-mesin tersebut tanpa rasa bersalah sebab kita boleh lihat rakyat tempatan berlumba-lumba untuk menggunakan kerusi-kerusi urut yang disediakan. Pembantu jualan di sini pun tidak kisah kalau kami mencuba mesin-mesin tersebut malah mereka menggalakkan lagi. Sungguh menyeronokkan melawat Osaka ni, boleh dapat perkhidmatan urut percuma.
Selepas sessi mesin urut
HARI KELIMA
Pagi ini kami keluar lebih awal untuk melawat kejiranan
Kaiyukan untuk meninjau tarikan yang masih belum kami lawati. Pada pagi ini
kami terjumpa restoran menjual makanan halal tidak jauh dari rumah penginapan kami. Pada hari ini, ramai pengunjung sedang beratur untuk memasuki akuarium Kaiyukan yang terbesar ini. Satu lagi tarikan di sini adalah menaiki kapal lama. Kami tidak menaiki kapal ini kerana tidak arif tentang penggunaan osaka pass dan juga tidak pasti kalau nak join tanpa gunakan osaka pass. Jadi kami skip ajelah aktiviti tersebut.
Satu lagi tarikan di kawasan ini adalah muzium kereta klasik yang digelar Glion Museum. Kalau sekiranya kita peminat kereta klasik dan baru, susah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk melawat muzium ini. Terdapat banyak kereta klasik keluaran Ferrari, Rolls Royce dan sebagainya.

Akuarium Tempozan
Setelah membuat keputusan untuk melawat bandar lain, maka kami meneruskan perjalanan ke stesen keretapi. Kami menaiki subway hingga ke perhentian Marinomiya
untuk menuju ke Osaka Castle. Keluar sahaja dari stesen ini, kita sudah boleh nampak istana lama Osaka zaman Maharaja Tokugawa. Jaraknya adalah hampir 1 km ke istana tersebut. Bangunan ini adalah yang ketiga dibina semenjak zaman
Toyomi dan Tokugawa. Muzium di istana ini mempamerkan sejarah pemimpin shogun,
peperangan dan bermacam lagi sejarah masyarakat Jepun.
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Osaka Station untuk pergi ke Kyoto melalui Hankyu Line. Hankyu Line adalah syarikat yang berbeza dengan JR Line. Namun demikian, jangan bimbang ada banyak signboard dan juga petugas yang boleh berbahasa Inggeris yang boleh membantu kita.
Perjalanan ke Kyoto mengambil masa 40 minit. Setibanya kami di stesen Kawaramachi, kami mendapati suhu di Kyoto adalah lebih sejuk berbanding di Osaka. Kyoto adalah sebuah bandar yang menunjukkan kehidupan dan budaya Jepun yang asli. Di sini, kita akan berjumpa dengan kedai-kedai yang mengekalkan rekabentuk asal semenjak ribuan tahun yang lalu. Di sini juga, kita dapat berjumpa dengan ramai wanita dan lelaki yang memakai kimono iaitu pakaian tradisional Jepun. Mereka sangat ramah dan bermurah hati untuk meluangkan masa untuk bergambar dengan kami semua.

Sebenarnya Bandar Kyoto ini menempatkan bermacam-macam
tinggalan sejarah. Kalau kita berminat untuk meluangkan lebih masa di sini,
pelbagai aktiviti boleh dijalankan. Kyoto juga sebenarnya adalah sebuah bandar yang
besar untuk dijelajahi. Ramai di kalangan pelancong yang datang ke sini akan menyewa Kimono pada kadar ¥3,000-¥5,000. Pelancong yang menyewa akan memakai kimono ini dan berjalan di sekitar bandar Kyoto yang sememangnya penuh dengan rumah atau kedai lama seperti di zaman ratusan tahun yang lalu. Setelah melawat salah satu daripada 'shrine' mereka, kami
membuat keputusan bahawa semua shrine sama saja kot. Ada juga yang mencadangkan kami melawat Kyoto Tower tetapi kami tidak sempat kerana kesuntukan masa. Kami meneruskan penerokaan di lorong-lorong bandar ini. Kalau berjalan-jalan di sini, pastikan ada membawa kamera yang bagus kerana suasana di sini memang cantik untuk bergambar untuk dibuat kenangan. Kalau mampu, bawalah kameraman yang boleh ambil gambar yang berkualiti. Ini adalah kerana bukan selalu kita dapat melawat tempat2 sebegini.
Perjalanan diteruskan dengan melawat Arashiyama. Arashiyama adalah sebuah pekan kecil di antara Kyoto dengan Osaka. Di sini kami melawat hutan buluh yang cantik dan unik. CNN mewartakan bahawa Arashiyama ini adalah hutan buluh yang tercantik di dunia. Apabila pokok buluh ini ditiup angin, ia menghasilkan bunyian alam yang indah sehingga Kementerian Alam Sekitar Jepun mengiktiraf hutan buluh ini sebagai salah satu bunyian rasmi Negara Jepun. Kami perlu berjalan kaki dari stesen keretapi menuju ke lokasi hutan tersebut. Perjalanan agak menyeronokkan dengan pemandangan kaki gunung, sungai dan perkampungan Jepun yang sangat cantik.
Setelah meninggalkan Arasiyama, kami meneruskan agenda membeli belah di American Mura dan Dotombori. American Mura adalah kawasan kedai yang menyediakan atau menjual barangan gaya hidup ala Amerika Syarikat seperti pakaian, jaket kulit, jeans, tattoo, bar dan lain-lain. Pada malam terakhir ini, kami sempat makan makanan Arab di kawasan Dotombori ini. Kami dapat merasa Nasi Mandy, Kari Kambing dan capati di kedai ini. Sekeping capati di sini bernilai RM18 tanpa kuah. Harga kuah pula adalah RM36 samada kita mau kuah ayam, kambing atau daging lembu. Manakala sepinggan nasi mandy adalah RM36. Dipendekkan cerita, adalah sangat berbaloi kalau kita beli nasi mandy berbanding dengan roti arab atau capati. Namun begitu, seperti biasa sebab kesejukan, kami makan lah dengan penuh selera dan tak sampai 10 minit, semua makanan habis di makan.
Di sungai inilah kita dapat lihat ikan besar dan kecil berenang-renang dengan jelas
Bergambar dengan gadis tempatan yang memakai kimono
Bersama orang tempatan yang pernah berkhidmat di Malaysia
Berjalan-jalan di Bandar Kyoto
Kanji Museum
Di hadapan stesen Arashiyama, Kyoto
Hutan buluh di Arashiyama
Salah satu daripada rumah tradisional masyarakat tempatan
Minah salleh pun pakai Kimono
Stesen keretapi Arasiyama yang indah dengan hiasan lampu unik
Selamat tinggal Universal Bay Condo
8. Semua pembelian tertakluk kepada 8% Value Added Tax (VAT) lebih kurang macam GST di Malaysia lah. Tetapi cuba bayangkan kalau barang pun dah mahal, ditambah pula dengan VAT 8%, rasa ok ke tidak?
9. Kebanyakan masyarakat muda bermain baseball di taman-taman awam dan taman sekolah.
10. Di kejiranan kami di Kaiyu, amat sukar untuk melihat rakyat tempatan berjalan atau meluangkan masa di taman-taman. Mereka hanya boleh ditemui di Shopping Mall, stesen keretapi atau subway. Selain daripada itu, kebanyakan tempat lengang dan tenang sahaja.
11. Bandaraya Osaka, Kyoto, Arashiyama, Kobe dan lain-lain sebenarnya mempunyai banyak tempat yang menarik dan pengembara perlu masa yang lama untuk melawat kesemua tempat tersebut.
12. Kalau nak beli souvenir, lebih baik beli di Lapangan Terbang sebab ianya bebas cukai, kalau beli di Dotombori atau mana-mana lokasi tumpuan shopping sudah pasti kena bayar VAT. Satu lagi kalau kita dah sibuk nak balik, kita tidak berkesempatan nak tuntut balik duit VAT di lapangan terbang sebelum balik ke Malaysia.
13. Kalau nak rasa salji turun dan laman, jalanraya dilitupi sali, sila lawat Sapporo kerana di sana salji memang banyak turun dan mereka ada menganjurkan Sapporo Snow Festival pada musim sejuk untuk kita lawati.
Akhir sekali... terima lah video yang telah saya siapkan khusus mengenai lawatan ke Osaka ini
boleh saya tau total budget ke sana?
ReplyDeleteTotal perbelanjaan adalah RM2,500 seorang. Tiket flight AA beli semasa sale. Apartment kongsi kos 4 orang. Baru boleh dapat harga tersebut
ReplyDeleteSalam.. bulan berapa ya pergi? Bandar osaka mmg xde snow ye?
ReplyDeleteSaya perri bulan Januari. Saya dimaklumkan memang susah nak dapat snow di bandar Osaka walaupun suhunya kadang-kadang satu digit shj. Mana tau satu hari ada snow di Osaka
ReplyDeleteSalam. Encik ada guna Osaka Pass ke? Atau semuanya menggunakan ICOCA card tu shj? Card dan nilai tambah semuanya ¥5000 ke?
ReplyDeleteSalam... saya tidak menggunakan Osaka Pass sebab tak reti nak sesuaikan masa dengan tempat yang nak dilawati. Kalau dah pernah pergi Osaka, mungkin lebih berbaloi menggunakan Osaka Pass. Saya guna ICOCA sepenuhnya semasa trip ini.
ReplyDeleteNilai tambah ikut berapa yang kita nak masuk dekat mesin top up dengan gandaan ¥1000
ReplyDeletesalam, saya akan pergi ke osaka akhir 17-21mac 2019, musim apa ye time tu..bole cadangkan baju yg sesuai
ReplyDelete17-21 Mac itu adalah akhir musim sejuk dan awal musim bunga. Suhu dia lebih kurang 11-23 Celcius. Saya rasa pakai sweater sudah memadai... kalau perempuan, pakai lah trench coat supaya nampak stylo sikit. Trench coat ni ada banyak jual di Lazada... tapi kalau nak fitting dan sesuai semua, pergilah ke kedai Universal Traveller untuk cari yang mana berkenan di hati... Enjoy your trip
Deleteassalamam tuan, mmg bulan januari salji xde trun di osaka yer..klu begitu adakah perlu bawa pakaian utk musim snow. utk makluman juga...sy bawak anak berumur antara 3 tahun - 8 tahun..adakah sesuai trip ini guna public transport
ReplyDeleteSalam.... kalau di bandar Osaka, memang jarang turun snow. Tapi sejuk tetap sejuk... boleh jadi serendah 0 darjah celcius. Public transport adalah kaedah termurah untuk transportation. Janganla cuba nak naik teksi... Terbaik naik public transport, keretapi dia laju, dan akan ganti dalam tempoh 5 minit je...
DeleteSalam. Sy akan ke Osaka pd 20-24 Jan 2019. Pakaian apa yang sesuai ya?
ReplyDeletekena pakai baju winter juga... tapi tak perlulah pakai longjohn dan snowboot
Deleteitinerari yg lengkap bole dijadikan guide utk sy backpack tahun depan tqsm for sharing
ReplyDeleteAda beberapa tempat yg saya tak sempat pergi sebenarnya...
ReplyDelete1. Nara Deer Park
2. Biwako Lake
3. Dan banyak lagi lah...
Sy akan pergi ke osaka 14-19 feb 2019. Pakaian ap yg sesuai
ReplyDelete14-19 Feb pakaian yang sesuai adalah baju sejuk yang sederhana tebal. Saya jangka pada masa itu, suhunya adalah 5-15 darjah celcius. tak perlulah pakaian winter yang lengkap.
DeleteAtaupun saudari boleh semak ramalan suhu di google.com untuk mendapatkan kepastian
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya baru blk dari tokyo dan osaka. Waktu flight sy landing di narita airport, salji turun. Rezeki sy dpt tgk salji turun seawal turun flight. Sekarang kat sane tgh sejuk sgt2. So wajib pakai long john dan sweater. Kalau x memang x tahan badan. Sejuk sampai ke tulang. Pelembap muka jgn dilupakan. Juga vaselin supaya dpt kekalkan kelembapan kulit. Mengelakkan drpd kulit merekah akibat cuaca terlalu sejuk.
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian pengalaman saudari dari lawatan terkini ke Osaka dan Tokyo. Ini menunjukkan musim sejuk tahun ni masih panjang lagi.... bagus untuk pengembara dari negara kita yang mengalami cuaca panas dan kering seminggu dua ni
ReplyDeleteMadi...
ReplyDeletewell done bro..
InsyaAllah aku n family cadang pi Japan tapi not sure area mana masa cuti CNY 2020
Go for it ZackZaidi... suasana yang sangat berbeza dengan Korea..
DeleteWahh, bestnya Osaka. How's the trip? Rasa nak repeat lagi ke sini? hehe
ReplyDeleteThe trip to Osaka, Kyoto dan Kobe memangla sangat best.... dapat pergi tempat best, bersama dengan trp mate yang best memanglah heaven kata orang jawa. Saya nak pergi lagi tapi mungkin ke Tokyo atau Sapporo untuk mendapatkan pengalaman yang berbeza.
ReplyDeleteSaya akan ke Osaka pada 21 -28 Feb 2020. Terima kasih atas perkongsian pengalaman tuan. Izinkan saya untuk mengambil itinerari tuan ye. Moga tuan mendapat keberkatanNya.
ReplyDeleteBoleh takde masalah. Saya suka sharing
DeleteBest nya ke Jepun. :) Nak pegi SG pulak nak x? Jom join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...
ReplyDeleteJuga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price! Nak Private Tour 🚘 (car/starex)? Pun ada.. Silakan tanya...
Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219
*Silakan lawat >>> ★ FB.COM/LOVETRAVEL86
Pergi Singapore memang best. Jalan-jalan makan angin pun best. Kalau kita ni jenis detail, satu hari tak cukup.
DeleteSalam,boleh saya tau, tuan stay hanya di osaka sahaja ke?
ReplyDeleteDear QaQa : Ya, saya hanya stay di Osaka sahaja. Itupun masih tidak cukup untuk mengembara di bandaraya Osaka dan bandar-bandar berhampiran dengannya.
ReplyDeleteAssalam tuan..boleh tau tarikh sebenar trip tuan ni?sy bercadang nk ke osaka pada awal januari thn depan..masa tu dah ada salji ke?
ReplyDeleteWaalaikumsalam... saya pergi pada bulan Januari. Kalau ke Osaka, kita susah nak jumpa salji di bandar-bandar. Oleh itu kalau nak main salji kenala pegi ke beberapa lokasi snow park contohnya di Biwako Valley atau di Taman Negara Rokkosan. Saya sarankan Tuan baca review penulis blog atau travel blogger yang lain. Di situ Tuan boleh la buat keputusan nak pergi ke taman salji yang mana satu.
DeleteRokko ni dekat jgk dgn bandar osaka... sy pergi hujung bulan 2 2024.. harap2 ada salji la kat situ
ReplyDelete