Saturday, May 19, 2018

LAWATAN KE SINGAPURA

April 2018 saya mengadakan short trip ke Singapura. Saya telah masuk ke Singapura melalui jalan darat. Saya dengan abang telah mengambil teksi ke Singapura dengan kadar SGD30 sehala. Perjalanan agak memenatkan kerana prosedur masuk imigresen dan kastam Singapura yang ketat.

Singapura adalah sebuah negara yang mempunyai standard yang moden. Majoriti rakyat pulau ini mampu berkomunikasi di dalam bahasa inggeris dengan baik. Peraturan dan undang-undang dikuatkuasakan dengan sepenuhnya di negara ini. Oleh itu jangan leka dengan peraturan semasa memasuki negara ini seperti jangan membawa rokok dalam kuantiti yang banyak dan juga mengunyah chewing gum adalah kesalahan serius di negara ini. Perjalanan di antara satu tempat ke tempat lain dihubungkan melalui jaringan MRT yang moden. 


Sedang tunggu teksi ke Singapura

Sampai di Hotel Jen jam 3 pagi

Idea dekorasi Hotel Jen yang unik

Pemandangan dari luar tingkap Hotel Jen

Hari Kedua

Hari kedua adalah hari bekerja. Saya telah dibawa ke beberapa lokasi yang berkaitan dengan kerja oleh Puan Maznah, bakal rakan pintar syarikat KPYPJ. Saya telah dibawa melawat beberapa premis perniagaan yang ada kaitan dengan pendidikan orang kelainan upaya. Satu perkara yang perlu saya kongsikan di sini adalah bagaimana rakyat Singapura ini dapat menguruskan pusat-pusat OKU dengan profesional dan baik. Walaupun mereka menjalankan operasi tanpa bantuan daripada kerajaan sepenuhnya, mereka tetap mampu menjana kewangan bagi memastikan agenda orang-orang kelainan upaya ini dapat diutamakan. Selepas lawatan itu, saya juga dibawa bersiar-siar di bandaraya Singapura yang moden dan tersusun. Kalau dahulu, pelancong akan pasti singgah di patung Merlion, tapi pada masa ini, tumpuan orang ramai lebih kepada melawat Marina Bay Sands. Pada masa ini juga, Sigapore Flower Garden sedang dibuka menampilkan musim bunga di mana terdapat banyak bunga tulip untuk di lihat oleh pengunjung. Yuran masuk taman bunga ini adalah SGD30.

Di dalam kereta Pn Maznah

Di sebuah kafe yang menjadi rakan karib persatuan OKU di Singapura

Bersama Hj Musharraf, orang lama di Singapura

Marina Bay Sands

Kotaraya Singapura

Bunga Tulip di Gardens By The Bay

Aneka warna bunga tulip



Hari ke Tiga Pulang ke JB

Pada hari ini saya pulang ke JB sebab Pn Maznah tidak dapat meluangkan masa untuk perbincangan lanjut selepas perjumpaan hari sebelumnya. Saya telah menggunakan khidmat Grab menuju ke Queens Street yang terkenal dengan Masjid Sultan, Istana Kampung Gelam dan segala makanan lazat-lazat yang boleh ditemukan di Singapura. Bayaran GRAB adalah SGD11. Di stesen teksi dan bas ke JB, saya telah menggunakan perkhidmatan teksi ke JB. Tambang teksi pulang ke JB adalah SGD25 dollar seorang.

Di Queen Street. Stesen bas dan teksi ke Johor Bahru

di dalam teksi, perjalanan balik ke JB




No comments:

Post a Comment