Tuesday, September 29, 2026

Meneroka Kerjasama Akademik Antarabangsa, Sabanci Universitesi, Turkiye



TÜRKİYE, 23 September 2026 – Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor (KUYPJ) continues to strengthen its international network and explore new avenues for academic collaboration through an official meeting with Sabancı University, Türkiye.

KUYPJ was represented by its Deputy Rector for Academic Affairs and Internationalisation, Mr Mohd Asmadi bin Haji Alias, while Sabancı University was represented by Ms Gözde Doğmuş, Senior Specialist for International Relations and Cooperation, and Mr Cagan Octug, Manager of the International Relations Office.
The meeting provided a valuable platform for both institutions to exchange perspectives and explore strategic initiatives that could benefit their students and academic communities. Discussions focused on student and academic staff exchanges, knowledge and expertise sharing, research collaboration, and the development of joint academic programmes.
Both institutions also explored other potential initiatives aimed at broadening students’ international exposure, advancing collaboration in research and innovation, and strengthening higher education ties between Malaysia and Türkiye.
Recognised for its strong academic standing, research excellence, innovation and extensive international network, Sabancı University offers a dynamic academic ecosystem. The visit provided KUYPJ with valuable insights into the university’s approaches to education, research and international engagement.
The meeting is expected to mark the beginning of a closer, more structured and sustainable partnership between KUYPJ and Sabancı University. Further discussions will be held to identify specific areas of collaboration and explore an appropriate formal agreement that will deliver mutual benefits to both institutions.
From Johor to Türkiye — building connections, creating opportunities and broadening the horizons of higher education.
. . . . .
TÜRKİYE, 23 September 2026 – Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor (KUYPJ) terus memperkukuh jaringan antarabangsa dan meneroka peluang kerjasama akademik menerusi satu pertemuan rasmi bersama Universiti Sabancı, Türkiye.
KUYPJ diwakili oleh Timbalan Rektor Akademik dan Pengantarabangsaan, Encik Mohd Asmadi bin Haji Alias, manakala Universiti Sabancı diwakili oleh Pakar Kanan Perhubungan dan Kerjasama Antarabangsa, Puan Gözde Doğmuş serta Pengurus Pejabat Perhubungan Antarabangsa, Encik Cagan Octug.
Pertemuan berkenaan menjadi platform bagi kedua-dua pihak bertukar pandangan dan meneroka potensi kerjasama strategik yang dapat memberi manfaat kepada warga akademik serta pelajar. Antara perkara yang dibincangkan termasuk pertukaran pelajar dan staf akademik, perkongsian ilmu dan kepakaran, kerjasama penyelidikan serta pembangunan program akademik bersama.
Kedua-dua institusi turut membincangkan beberapa inisiatif lain yang berpotensi dilaksanakan bagi memperluas pengalaman antarabangsa pelajar, menggalakkan kolaborasi dalam penyelidikan dan inovasi serta memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan tinggi Malaysia dan Türkiye.
Universiti Sabancı merupakan antara institusi pendidikan tinggi yang mempunyai reputasi kukuh dalam bidang akademik, penyelidikan, inovasi dan jaringan antarabangsa. Kunjungan itu turut memberi peluang kepada KUYPJ untuk memahami dengan lebih dekat pendekatan serta ekosistem akademik yang dibangunkan oleh universiti berkenaan.
Pertemuan tersebut diharap menjadi titik permulaan kepada hubungan kerjasama yang lebih erat, tersusun dan berpanjangan antara KUYPJ dengan Universiti Sabancı. Perbincangan susulan akan diteruskan bagi memperincikan bidang kerjasama serta meneroka bentuk perjanjian rasmi yang bersesuaian demi manfaat bersama kedua-dua institusi.
Dari Johor ke Türkiye — membina jaringan, membuka peluang dan memperluas horizon pendidikan tinggi.

No comments:

Post a Comment