Sunday, June 18, 2017

1995 - MENGENAI CHICAGO

Chicago adalah sebuah bandaraya yang ketiga terbesar di Amerika. Bandar ini terletak 92 Batu atau 145 km ke Selatan Milwaukee. Bandar ini mendapat jolokan "The Windy City" dan kalau plet keretanya mereka menggunakan "The Land of Lincoln" Pada zaman itu, Bandaraya Chicago mempunyai sebuah bangunan ikonik yang dipanggil Sears Tower. Bangunan ini adalah bangunan tertinggi di dunia sehinggalah Malaysia membina KLCC dan Dubai membina Burj Dubai. Saya sempat melawat bangunan ini dan melawat skydeck bagunan ini. Di situ, saya dapat melihat bentuk mukabumi yang melengkung. Sungguh seronok pengalaman itu. Tiket untuk naik kurang daripada USD10. Kalau di Menara Berkembar Petronas membernarkan pelancong naik ke tingkat atas atau skydeck, alangkah bagusnya.

Chicago juga mempunyai deretan kedai eksklusif untuk golongan elit yang dinamakan 5th Street. Di sini kita boleh melihat golongan 'berada' membeli barangan berjenama yang mahal-mahal. Di sini juga kita boleh melihat kereta kuda berwarna putih digunakan oleh pengungjung bersiar-siar di kawasan elit ini. Di samping kawasan elit ini, Chicago juga mempunyai tarikan yang biasa pelajar akan pergi seperti Hard Rock Cafe dan juga Planet Hollywood. Kebiasaannya pelajar dari Malaysia suka beli souvernir di sini untuk dijadikan koleksi sebab kedua-dua tarikan ini mempunyai banyak cawangan di seluruh dunia. At least itu yang saya fikir kenapa kawan-kawan bersungguh-sungguh mengumpul souvenir ini.

Kalau pelajar Malaysia yang pernah pergi ke Chicago, biasanya mereka akan melawat Devon Street, iaitu syurga bagi makanan halal kepada umat Islam. Di sini, pelajar akan membeli stok daging halal yang dipanggil Zabiha. Di samping mengumpul stok barangan frozen, mereka juga boleh makan di restoran-restoran halal di sepanjang jalan tersebut. Bagi saya Chicago ini sebuah bandar yang agak tersusun dan tidak perlu risau kalau nak berjalan seorang diri. Saya pernah beberapa kali mencuba pengangkutan awam untuk pulang ke Milwaukee seperti Amtrak (keretapi ) dan Greyhound (bas). Tidak ada masalah yang besar kalau nak menggunakan pengangkutan awam di Chicago.

Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) yang juga letaknya di Chicago sering menjadi pusat perjumpaan pelajar terutamanya bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri. Biasanya pelajar akan datang ke pejabat ini dan turut menghidupkan sambutan hari raya.

Gambar sambutan Hari Raya di MSD Chicago bersama rakan-rakan dari Universiti Lain 
Hizam (Bart), Anuar dan arwah Mohazlan

Saja nak test berpijak di atas tasik yang beku

No comments:

Post a Comment