Friday, June 16, 2017

1994 Perjalanan Ke Milwaukee

Dari LAX ke Chicago O Hare


Setelah tamat kursus selama 3 hari, kami semua menuju ke destinasi masing-masing. Saya dan rakan-rakan seperti Syahrizan(Iz), Nazri(Naz), Shahril (Pata) menuju ke Universiti of Wisconsin - Milwaukee. Perjalanan kami perlu transit di O Hare International Airport (Chicago). Perbangan kami menggunakan penerbangan American Airline. Penerbangan dari LAX ke Chicago mengambil masa 6 jam. Dari Chicago saya menaiki kapal terbang jet yang lebih kecil ke utara untuk sampai di Milwaukee, Sebuah bandar 92 batu ke Utara Chicago.

Suasana di Airport Chicago adalah sangat sibuk dan huru-hara. Kalau nak dapatkan gambaran suasana sibuk di Airport ini, bayangkan scene di dalam movie Home Alone 2, Lost in New York di mana watak Kevin telah tersalah naik kapal terbang ke New York, sedangkan keluarganya pergi ke Florida. Begitulah gambaran kesibukan di airport Chicago ini. Tetapi kalau dapat naik salah kapal terbang seperti dalam movie itu, saya rasa itu amat sukar untuk berlaku kerana syarikat penerbangan tidakla semudah itu membenarkan penumpang naik kapal terbang tanpa dokumen yang sah.

Scene keluarga McAlister berlari-lari mengejar penerbangan di Ohare 
International Airport filem terbitan Disney Pictures

Kami pun berlari-lari juga untuk membuat flight transfer takut kalau tertinggal penerbangan seterusnya. Tetapi bila sudah sampai di terminal berkenaan, penerbangan tertunda lah pulak. Jadi kami menunggu sehingga beberapa jam barulah penerbangan ke Milwaukee berlaku. Perbezaan yang nyata semasa menanti di hadapan terminal ke Milwaukee ini adalah bilangan penumpangnya tidak ramai dan tidak sesibuk semasa kami berlari-lari di antara bangunan satelit yang ada.


Sampai di Milwaukee


Bila sampai di Milwaukee General Mitchell International Airport, saya teringat betapa sejuknya pada masa itu sehingga setelah keluar dari bangunan saya terpaksa masuk semula ke dalam untuk memperkemaskan pakaian kerana suhu pada hari tersebut adalah lebih kurang -13 darjah Celcius. Sekiranya anda teringat babak di dalam cool runnings di mana pelumba boblsled dimasukkan ke dalam peti sejuk, begitulah keadaan saya semasa keluar dari lapangan terbang Milwaukee. Sejuk yang teramat pada hari tersebut. Ketibaan kami disambut oleh pelajar-pelajar senior yang telah diuruskan di kalangan mereka. Ini adalah budaya pelajar di oversea kalau ada pelajar baru datang dari Malaysia, maka senior akan menjemput mereka di airport dan membantu menguruskan tempat tinggal kepada junior.

Kami ditempatkan sementara di rumah senior iaitu Elbay, Hairudin Munip dan seorang lagi bernama Nik. Mereka adalah senior yang sangat baik hati dan membantu dari serba-serbi keperluan kami. Dari situ kami diberi tunjuk ajar bagi segala urusan di sana dan juga menguruskan tempat tinggal kami.Pada masa ini, senior kami yang digelar Atong telah membawa kami ke beberapa tempat makan dan membeli keperluan di sekitar banda Milwaukee. Ini lah kali pertama yang mengenali rangkaian restoran makanan segera Subway. Kali pertama saya makan Seafood and Crab.

Setelah menumpang selama 3 hari di rumah senior, kami semua berpindah di sebuah rumah di North Marietta Ave. Rumah ini jaraknya lebih kurang 500 meter ke bangunan pertama universiti. Namun demikian, di dalam musim sejuk, 500 meter ini amatlah jauh perjalanannya. Pernah saya membeli pepsi di universiti dan berjalan ke rumah. Apabila sampai sahaja di depan pintu rumah, air pepsi saya telah beku sebahagiannya.

Rumah sewa pertama di N Marietta Ave




No comments:

Post a Comment