Sunday, June 18, 2017

1996 - MALL OF AMERICA, MINESSOTA

Bersama Arif sebelum perjalanan ke Minneapolis menaiki kereta Ford Taurus

Rakan sebilik masa program KPP/ITM, Mohd Arif B Abdullah telah datang ke Milwaukee. Setelah meluangkan masa bersama, beliau telah mengajak saya melawat Minneapolis Minnesota. Saya pun, tanpa banyak soal, ikut ajelah. Minessota adalah sebuah negeri di Barat Laut Wisconsin yang terkenal dengan jolokan 'The Land of Thousand Lakes' Perjalanan dari Milwaukee ke Minnesota adalah sejauh 336 Batu atau 541 km. Pada masa itu, The Mall of America adalah sebuah pasaraya yang terbesar di Amerika Utara. Ianya menempatkan 520 perniagaan di bawah satu bumbung. Mall of America ini mempunyai kemudahan yang lengkap termasuk hotel, taman tema dan aquarium di dalamnya. Mungkin konsep taman tema di dalam shopping mall ini menjadi inspirasi Berjaya Mall Kuala Lumpur, agaknya lah...

Walaupun kami ada 10 jam untuk window shopping, tapi tempoh ini tak cukup untuk melawat semua kedai dan perniagaan di sini. Semasa di Minessota, saya mendapati penduduknya ramai yang berkulit putih mungkin keturunan Eropah seperti Sweden/Switzerland dan kebanyakan mereka adalah yang sudah dalam kategori senior citizen. Saya tak kisahlah mereka senior citizen tapi pastinya mereka adalah golongan yang sangat berbudi bahasa dan tidak lokek dengan senyuman.

Kalau saya menonton movie The Mighty Ducks yang diterbitkan oleh Disney, saya akan teringat memori melawat Mall of America dan juga bandar Minnespolis

The Mighty Ducks di Mall of America terbitan Disney Pictures

No comments:

Post a Comment