Friday, June 16, 2017

1994-1997 Kehidupan sebagai pelajar di U of Wisconsin - Milwaukee

Universiti yang mengalami musim sejuk yang panjang

Mitchell Hall - Lokasi kelas Art 101 saya

Bermulalah kehidupan saya sebagai pelajar universiti di Amerika. Milwaukee ada sebuah bandar di dalam Negeri Wisconsin yang asal usulnya daripada keturunan Red Indian. Wisconsin berasal daripada perkatakaan "Oisconsin" Manakala nama Milwaukee itu sudah berbunyi Red Indian dengan dua huruf "ee" dibelakangnya. Wisconsin ini mendapat jolokan "Americas Dairy Land" kerana kegiatan ekonomi utama asalnya adalah daripada industri tenusu. Namun begitu, Milwaukee ini terkenal di seluruh dunia kerana dua industri. Industri yang pertama adalah Milwaukee adalah pengeluar jenama motosikal Harley Davidson. Yang kedua pula adalah, industri pembuatan Beer, Miller Brewery. Dari segi sukan pula, dua pasukan yang berpangkalan di Milwaukee iaitu Milwaukee Brewers untuk sukan baseball dan Milwaukee Bucks untuk sukan basketball.

University of Wisconin-Milwaukee adalah uni milik negeri terletak 3 batu ke Utara Downtown Milwaukee. Uni ini adalah milik kerajaan. Yuran pengajiannya juga agak rendah jika dibandingkan dengan taraf hidup di sana. Secara purata yuran pengajian adalah USD1,500 satu semester. Uni saya ni sebenarnya popular untuk program International Relations. Oleh kerana di Universiti ini tidak menawarkan program Industrial Relations, maka saya dan Iz berpakat untuk mengambil kursus Human Resources Management. Belajar di Uni ni sangat mencabar kerana bandar ini mengalami musim dingin yang panjang iaitu dari bulan November sehingga April setiap tahun. Oleh yang demikian, bandar ini kerap dilitupi salji dalam tempoh musim sejuk tersebut.

Kedudukan Bandar Milwaukee di sebelah Tasik Michigan, mungkin ini sebabnya berlaku suhu sejuk yang ekstrim di bandar ini. Pernah juga saya bangun pagi, separuh daripada kereta dilitupi salji d kejiranan kami. Maka apabila salji turun dengan lebat, kami kenalah bersihkan salji yang memenuhi laman rumah sewa kami. Selepas bersihkan, kami akan tabur garam agar salji itu tidak membeku dan menjadi risiko pejalan kaki yang lalu lalang di hadapan rumah sewa kami.


Bolton Hall - beginilah selalunya semasa musim sejuk


Keadaan kereta dan laman rumah yang dilitupi salji


Musim sejuk


Student main ice skating di sebelah Lapham Hall

Amerika masih menggunakan ukuran lama seperti Miles untuk jarak dan Fahrenheit untuk suhu. dan juga pound dan gallon masih lagi digunakan sehingga masa kini. Di sini rawatan perubatan tiada yang milik kerajaan. Semua urusan perubatan adalah dilaksanakan oleh syarikat swasta dan sesiapa yang perlukan rawatan perubatan mestilah mempunyai polisi insuran yang mencukupi. Sebagai contoh, sahabat saya bernama Farid, telah dimasukkan ke dalam wad di Hospital Universiti kerana kecederaan, selama 3 malam berada dalam wad itu, rawatan perubatan beliau adalah sebanyak USD1,200. Kalau amaun tersebut dikira pada kadar tukaran wang sekarang, anda rasa? Bagaimanapun, semasa berada di hospital tersebut, rakan saya Farid memberitahu beliau telah dirawat dengan penuh keselesaan seperti tinggal di hotel. Bagaimanapun, sahabat saya ini sudah tiada lagi akibat menghidapi penyakit kanser beberapa tahun lalu. Al Fatihah buat beliau.








No comments:

Post a Comment