Saturday, June 17, 2017

1995 UW-Plattville

Semasa belajar saya sempat berkenalan dengan En Christopher Goldsmith, seorang Pengarah Muzium Seni Milwaukee. Beliau menganut Islam beberapa tahun sebelum itu setelah mendapat hidayah daripada Allah swt. Beliau lah yang kerap membawa saya mengembara di bumi Amerika. Platville adalah sebuah bandar yang teletak di barat daya Negeri Wisconsin. Jarak dari Milwaukee ke bandar ini adalah sejauh 200 batu. di sepanjang perjalan ke bandar tersebut saya dapat melihat penduduk tempatan dengan kegiatan ekonomi masing-masing. Ada yang menanam jagung, ada yang menanam barli, gandum dan sebagainya.

Mr Christopher GoldSmith aka Muhammad Isa Sadlon

Apabila sampai sahaja di Plattville, kami telah melawat keluarga islam berketurunan India di kawasan universiti tersebut. Walaupun ianya sebuah bandar kecil, terdapat cawangan University Of Wisconsin di situ. UW Plattville adalah sebuah universiti yang popular untuk industri perlombongan. Keluarga tersebut telah membawa kami berjumpa dengan beberapa keluarga Islam yang tinggal di bandar tersebut. Kami membawa salam silaturrahim dengan berjumpa dengan mereka ini. Pada malamnya, keluarga tersebut telah menjamu kami dengan masakan kambing yang istimewa. Saya diberitahu bahawa jamuan itu diadakan kerana tuan rumah membuat Aqiqah untuk anaknya. Alhamdulillah saya bersyukur kerana susah juga nak makan kambing halal pada masa itu.

Esoknya kami pulang ke Milwaukee. Di perjalanan itu, kami sempat singgah di bandar Madison, sebuah bandar yang popular dengan pasukan football The Badger milik The University of Wisconsin Madison. UW Madison ini adalah antara uni yang mempunyai rangking yang baik di dunia. Di antara personaliti terkenal yang mendapat pendidikan di sini adalah Dato Dr Hj Mohd Fadzillah Kamsah. Univerisiti ini terletak di antara dua buah tasik. Pemandangannya sangat indah dan menjadi lokasi penggambaran beberapa filem hollywood yang terkenal seperti The Last Kiss, Public Enemies, The Blues Brothers, Transformers dan Bridesmaids.

The University of Wisconsin - Madison

Wisconsin Badgers - Pasukan College Football kebanggan Wisconsin

No comments:

Post a Comment