Monday, June 19, 2017

SHOPPING DI MILWAUKEE

Sebagai pelajar Universiti Kerajaan, kami diberikan pas percuma untuk menaiki bas ke seluruh destinasi di Milwaukee County. Kita hanya perlu check no bas dan laluan bas, selepas itu dah boleh buat perancangan. Yang menariknya, bas akan sampai tepat pada masanya di lokasi yang ditetapkan.

Terdapat banyak lokasi shopping di dalam Milwaukee County seperti Northridge, Southridge, Bayshore dan banyak lagi yang berada di dalam lingkungan perjalan bas ini. Inilah tempat-tempat yang biasa kami lawati kalau dah kehabisan bekalan makanan. Untuk daging yang halal, biasanya kami akan pergi ke Ryan Road yang jaraknya dalam 30km dari Milwaukee untuk mendapatkan daging halal.

Shopping di sini tidak perlu risau dengan barangan tiruan dan imitation. Rasanya semuanya ori. Kalau beri perisian komputer pun, tiada yang jenis cetak rompak. Namun demikian, mereka wujudkan diskaun istimewa kepada pelajar kalau nak menggunakan perisian komputer.

Apabila shopping, nak jaga solat ni yang agak mencabar. Maklumlah di sana mana ada petronas yang menyediakan surau atau surau di shopping mall. Biasanya saya akan wudhuk di dalam bilik air kemudian menunaikan solat di dalam 'fitting room' Apabila kita bersolat di dalam fitting room, kita boleh dapat privasi dan tidak menjadi perhatian kepada orang tempatan.

Semasa di Amerika, saya mengamalkan polisi cuba menjaga makanan halal kepada saya dan housemate saya. Kalau kita kata roti, ada banyak jenis roti yang dijual. Saya akan memilih roti yang berjenama Roman sebab ianya all natural dan tidak mengandungi pengemulsi yang dinamakan Mono & Diglyceride. Begitu juga kalau beli aiskrim atau coklat, saya akan memilih Haagen Dasz atau Baskin Robbin. Pendek kata, kita cari yang all natural, ada simbol k terbalik atau simbol u dalam piramid untuk menjaga makanan halal pada tahap sebaik mungkin.

Bagaimana rasanya kena frost bite (reput frost)


Pada satu hari di musim winter, cuaca sangat sejuk iaitu -30 Fahrenheit. Saya telah pergi ke sebuah pasaraya di Capital Drive.  Saya pergi ke pasaraya tersebut dengan menaiki bas. Frost bite ni saya alami semasa sampai ke pintu pasaraya tersebut. Biasanya saya tidak akan buka sarung tahun sebelum memegang pemegang pintu tersebut. Tetapi pada hari tersebut saya telah membuka glove sebelum menyentuh pemegang pintu. Apabila hujung jari menyentuh besi tersebut saya terasa kebas sehingga pergelangan tangan. Saya pun jadi panik dan terus menarik tangan serta seraya menggoncangkan tangan agar darah dapat mengalir semula. Alhamdulillah dalam tempoh seminit darah dapat mengalir semula dan saya memperolehi deria sentuhan semula. Itulah pengajarannya... jangan ambil ringan tentang frost bite ini. Ianya boleh menyebabkan kesan yang kekal kepada manusia.

No comments:

Post a Comment