Tuesday, June 20, 2017

GUANGZHOU, CHINA

Saya telah pergi ke Guangzhou kerana misi membeli barang-barang latihan kepada pelajar. Kami menggunakan Syarikat Penerbangan AirAsia dari KLIA 2 jam 6 pagi dan sampai di airport Guangzhou jam 10:00 pagi. Pengembaraan kami dibantu oleh En Ahmad Shukri A Aziz, Pengurus Besar Kolej IKIP Pahang. Guangzhou menggunakan matawang Renmibi dalam panggilan Yuan. Pada masa pengembaraan ini berlaku, nilai RM1 bersamaan dengan RMB1.34. Ini bermakna nilai matawang kita lebih tinggilah. Untuk melawat mana-mana bandar di Negara China, kita mesti mendapatkan tourist visa yang sah dari kedutaan besar China di Malaysia. Kalau ikutkan, memang agak tinggi juga yang nak kena bayar untuk mendapatkan visa pelancong ke China.

Proses penyerahan passport dan visa di imigresen berlaku dengan lancar dan dalam masa yang singkat, kami sudah keluar dari airport tersebut. Kamudian kami menunggu kehadiran van sewa datang. Sebaik meninggalkan lapangan terbang, saya mendapati kenderaan di negara ini mengggunakan left hand drive. Ianya bertentangan dengan kenderaan di Malaysia. Kami terus menuju ke Nantian, lokasi untuk kami membeli peralatan hotel dan juga barang-barang welding untuk kursus mekanikal.

Barang-barang Murah


Sebagai panduan, saya akan memastikan barangan yang dipesan mestilah 40% atau kurang daripada harga di Malaysia. Sebagai contoh, seunit sudu hotel kalau di negara kita harganya RM8, tetapi di Nantian ini, harga seunit sudu yang sama hanyalah berharga RM3. Oleh kerana ianya kurang daripada 40% harga Malaysia, saya terus beli.

Nantian, lokasi membeli segala barangan hotel dari kualiti 
rendah sehinggalah kualiti yang tinggi.

Pemandangan di dalam ruangan membeli belah

Lagi pemandangan di ruangan membeli belah

Di kawasan Nantian ini, ada sebuah restoran yang menyediakan makanan halal untuk kami. Restoran ini menyajikan makanan asli rakyat tempatan. Secara umumnya, nasi goreng dan masakan yang lain menggunakan minyak bijan, Oleh yang demikian, kalau kita jenis yang susah nak makan sebab senang hilang selera, senang loya dan sebagainya, dinasihatkan untuk membawa bekalan air mineral dan snek dari Malaysia di dalam beg sandang kita. 

Pasaraya khusus menjual peralatan elektronik dengan teknologi terkini

Bas yang menggunakan tenaga elektrik

Setelah penat membeli-belah, kami pergi ke Restoran Pandan untuk menikmati makanan melayu. Alhamdulillah, dapat juga merasa juadah yang kita biasa di bumi asing ini. Makanan yang disediakan adalah sedap dan memuaskan hati. Walaupun harga makanan di sini agak menguji ketebalan wallet kita, ianya adalah satu pengalaman yang berbaloi jika makan malam di sini.

Restoran Pandan

Susana di dalam restoran Pandan

Bandaraya Guangzhou sebenarnya adalah bandaraya yang moden yang besar. Di pusat bandarnya kita dapat melihat bangunan-bangunan tinggi dengan rekabentuk yang moden dan mewah. Pada waktu malam bangunan-bangunan ini akan dilimpahi oleh cahaya lampu-lampu yang berwarna-warni. Salah bangunan ikonik di sini adalah Canton Tower yang dianggap sebagai bangunan penting untuk mewakili bandaraya Guangzhou.

Bandaraya Guagzhou

Canton Tower

Saya sempat dibawa ke kawasan yang menjual perabot secara besar-besaran. Kedai-kedai perabot ini menjual segala jenis perabot yang terfikir oleh akal kita. Ada perabut untuk rumah, pejabat, sekolah, restoran, tempat menunggu, kilang, arkitek dan lain-lain lagi. Sudahlah banyak pilihan, harga yang ditawarkan adalah murah dan tidak masuk akal. Sebagai contoh, set bilik tidur italian kalau di Malaysia harganya RM5,000 ke atas tetapi di sini, set perabut italian yang sama dijual dengan harga RM2,000 sahaja. Saya membeli kerusi untuk pelanggan menunggu giliran yang diperbuat daripada aluminium, kalau di negara kita harganya adalah RM799. Di Guangzhou, kerusi yang saya beli dijual dengan harga RM200 sahaja.

Fooshan. Tempat membeli barangan perabut

Sebahagian daripada Fooshan. 1-2 km yang penuh dengan kedai perabut

Beijing Street yang bergemerlapan pada waktu malam


Masakan arab 

Restoran Halal yang menyediakan masakan arab

Apabila kita melawat Guangzhou, saya sangat mengesyorkan untuk melawat Masjid yang dibina oleh seorang Sahabat Nabi Muhammad saw iaitu Saad Bin Abi Waqas. Masjid ini adalah sebuah masjid yang besar yang letaknya di kawasan seperti hutan simpan. Dengan kata lain, masjid ini berada di dalam kawasan yang banyak pokok-pokok hutan dan dijaga dengan baik. Ini adalah situasi yang menarik kerana kebiasaanya masjid dibina di kawasan rumah-rumah ataupun perumahan rakyat tempatan. Situasi di sini amatlah berbeza.  Di sebelah masjid itu, jika kita berjalan dalam 50 m, kita akan dapat melawat makam sahabat nabi iaitu Saad B Abi Waqas rah.

Masjid Saad Bin Abi Waqas

Di hadapan masjid

Ruangan solat di dalam masjid

Makam sahabat Nabi, Saad Bin Abi Waqas (rah)

Selain daripada masjid Saad B Abi Waqas, kami juga sempat melawat sebuah lagi masjid di Guangta Lu. Masjid ini telah dibina beberapa ratus tahun dahulu dan menjadi pusat tumpuan penduduk islam di kawasan itu. Di kawasan persekitaran masjid ini, wujud banyak kedai makanan yang menyediakan makanan halal. Di kawasan Guagta Lu ini, kami dapat membeli peralatan elektronik dan elektrik dengan harga yang sangat murah dan berpatutan.

Menara Masjid di Guagta Road


Ruang Solat Masjid Guangta Lu


Di hadapan Masjid Guangta Lu

Signboard supaya boleh datang lagi lain kali

Di Guangzhou juga, kita boleh melawat pasaraya yang khusus menjual jam. Segala jenis jam di pamerkan untuk dijual. Jenama jam yang sukar diperolehi (rare) juga boleh didapati di sini. Satu tip kalau nak membeli jam, kita kena tanya jam yang kita nak beli itu tahap kualitinya yang bagaimana. Ada yang 1 to 1, ada yang biasa, ada yang imitation je. 1 to 1 itu maksudnya jam itu ditiru pada ukuran 1 :1. Yang ini harganya mahal. Jadi kita boleh beli ikut kemampuan kita. Saya yang kurang minat memakai jam, telah menjadi terpikat dengan beberapa jenis jam dan membeli tidak kurang daripada 10 jenis jam semasa berada di pasaraya jam ini.

Pasaraya yang menjual kain dan tekstil juga wujud di sini. Saya yakin kalau kita membuat perniagaan menjahit pakaian atau tailoring, mesti kita tidak mahu melepaskan peluang untuk melawat pasaraya ini. Segala jenis kain dijual yang boleh diuruskan untuk dihantar ke Malaysia.

Pasaraya untuk kain dan tekstil

Secara umumnya, kalau kita bijak memilih barangan, kita boleh mendapat penjimatan yang maksimum kepada bajet yang kita sediakan. Di Guangzhou, barangan yang dijual itu terlalu banyak dan kita akan mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan di dalam membuat pembelian. Sebagai contoh, kalau kita meminati barang jam tangan dan yang berkaitan dengan jam, di sini, ada dua buah pasaraya besar setinggi 5-6 tingkat yang khusus menjual beribu-ribu jenis jam. Begitu juga kalau kita berminat nak membeli perabot, di Fooshan itu, kiri dan kanan jalan itu tersusun deretan kedai mejual perabot sejauh 1.5km. Agak-agak cukup ke masa kalau kita ada 2-3 jam sahaja di Fooshan ini.

Tip : Di Guangzhou, komunikasi dengan orang tempatan adalah dengan menggunakan WeChat. Facebook dan Whatsapp diharamkan di sini. Kita boleh berkomunikasi dengan membeli simkad tempatan setibanya di Guangzhou. Namum, pastikan kita sudah aktifkan akaun wechat di Malaysia.

Apabila membeli belah, syarikat-syarikat penghantaran (courier) memang banyak dan boleh dpercayai. Pembayaran shipment akan dibuat apabila barang-barang kita sudah sampai di pelabuhan Klang, Malaysia.

2 comments:

  1. sy nk tnya,, kalau beli barang di kedai nk hntr ke Warehouse mcm mane? peniaga kedai yg akan uruskan shipment atau kita kena bawa ke kedai qourier?

    ReplyDelete
  2. Ok... soalan yang sangat baik. Ianya bergantung kepada kuantiti dan juga apa yang nak dibawa. Kita kalau beli banyak, kita boleh mintak kedai tu hantar company courier, lepastu company courier akan uruskan ke Malaysia hingga depan pintu rumah kita. Saya semasa lawatan ini memang beli banyak barang sehingga RM200K, jadi kos penghantaran ke Malaysia adalah RM45K. Barang-barang ni yang saya beli kalau ikut harga di Malaysia harganya hampir RM750K

    ReplyDelete