Saturday, June 17, 2017

1996 - Oshkosh B Gosh

Bersama Br Isa, kami telah melawat bandar Oshkosh iaitu sebuah bandar yang terkenal dengan jenama pakaian Oshkosh B Gosh dan juga Oshkosh International Air Show. Di sini juga ada sempat saya berjumpa dengan keluarga melayu yang tinggal di bandar ini. Perjalanan sejauh 90 batu dari Milwaukee disajikan dengan pokok-pokok iklim sederhana di kiri dan kanan highway. Oh ya, kalau di Us, Highway dia menggunakan nombor yang mudah untuk memberitahu pengguna ke mana halatujunya. Contohnya I-94 adalah sebuah highway yang menyediakan hubungan antara Barat ke Timur dan Barat manakala I-93 adalah highway yang menghubungkan Utara dan Selatan dan Utara.

Setibanya kami di Oshkosh kami telah berjumpa dengan keluarga India, Pakistan dan juga orang hitam tempatan. Kami juga sempat berjumpa dengan seorang muda bernama Arsalan yang sedang hangat bercinta dengan Jessica, seorang gadis Mat Salleh. Saya dan Br Isa bersama-sama berinteraksi dengan kedua-dua muda-mudi ini dengan harapan agar Arsalan dapat mengekalkan keimanan dan tidak hanyut dengan budaya di sana. Kami makan bersama dan turut menunaikan solat bersama semasa kehadiran kami di sana. Setelah meluangkan masa bersama-sama, kami pulang Milwaukee.

Setelah beberapa bulan, kami datang semula ke Oshkosh dan kami mendapati Jessica telah memeluk islam dan turut memakai hijab sebagaimana yang dituntut oleh agama Islam. Saya sangat bersyukur dengan perkembangan tersebut.


No comments:

Post a Comment