Saturday, June 17, 2017

1996 - New York

Kalau merujuk kepada google, jarak Milwaukee ke New York pergi dan balik adalah sejauh 1,800 Batu melalui 6 negeri iaitu Illinois, Indiana, Ohio, Pennsylvania, Connecticut dan New York. Perjalanan ini saya, Syahrizan (Iz), Sharil (Pata) dan Nur Azmi (Giant) telah bersama menyewa kereta dan memulakan perjalanan ke New York. Kami menyewa sebuah kereta full size Chevrolet Monte Carlo. Kami mengambil giliran memandu di highway dengan purata seorang memandu 4 jam. Kami mengambil masa 24 jam untuk sampai di New York. 

Kami sempat singgah di Indiana, Ohio University, Syracuse University dan West Haven, Connecticut  sebelum sampai di New York. Biasalah budaya kalau travel di USA ni, kita pergi ke rumah rakan-rakan universiti lain sebagai tempat untuk berehat dan tidur.

Salah masuk air ke dalam radiator


Semasa di Indiana, kami menumpang tidur di rumah kawan. satu pengalaman yang saya tidak boleh lupakan berlaku. Sebelum memulakan perjalanan ke destinasi seterusnya saya membuka hod kereta dan mendapati paras air di dalam radiator kurang. Jadi saya telah mengambil air paip dan menambahkan air ke dalam radiator kereta tersebut. Alangkah malangnya setelah kami bergerak dalam 40 batu, temperature kereta naik dan bila disiasat, rupa-rupanya air radiator yang saya tambahkan kesemuanya telah beku (frozen). Termasuklah air untuk wiper. Nasib baiklah kami sempat mendapatkan anti freeze radiator coolant untuk menyelamatkan keadaan.

Jadi, rupa-rupanya di Amerika, kita tidak boleh memasukkan sebarang air ke dalam radiator dan wiper. Apabila kita bergerak semasa musim sejuk, kesemua air itu boleh jadi beku dan akan menyebabkan kenderaan jadi rosak. Lesson Learned... lain kali jangan memandai ya..

Berjumpa Sahabat Di Ohio University


Saya berpeluang berjumpa dengan sahabat saya semasa English Program iaitu saudara Rafi. Semasa di Ohio saya sempat menonton perlawanan Football antara Green Bay packers dengan Carolina Panthers. Perlawanan ini mengambil masa 4 jam, tetapi Rafi tak kisah kerana pada waktu winter, apa lagi yang boleh dibuat kan. Saya sempat juga dijamu oleh keluarga mertua Rafi sebelum saya menyertai rakan-rakan yang lain meneruskan perjalanan ke New York.

Bersama Rafi dan Af, Ohio U


Ohio University


Perjalanan Diteruskan ke West Haven, Connecticut


Kami meneruskan perjalanan ke bandar ini yang letaknya berhampiran dengan East Coast. Disini tempatnya kaya dengan seafood. Oleh kerana kami ni student dan tidak mempunyai kemampuan untuk berbelanja mewah, kita makan apa yang dimasak oleh tuan rumah sahajalah. Rakan-rakan West Haven ini ramai juga yang mengambil kursus Hotel Management iaitu satu bidang yang diberi tumpuan oleh kerajaan Malaysia pada masa itu. dari situ, saya dibawa melawat Yale University dan Harvard University. Apabila saya sampai di kampus kedua-dua uni ini, terasa macam berada di kalangan orang-orang bijak pandai... hehe..

Universiti Yale, West Haven Connecticut bersama Pata dan Giant

Yale University


Ronda-ronda di New York


Pada malamnya kami telah masuk ke Bandaraya New York dan meluangkan masa di sana. New York adalah sebuah bandar yang sangat compact, kita boleh jumpa dengan deretan bangunan yang tinggi sebelah menyebelah sehingga bangunan-bangunan tiada halaman seperti di Kuala Lumpur. Maksud saya kalau di KL, KLCC sahaja sudah mempunyai laman, air pancut, dan lain-lain hiasan. Di New York, tiada ruang langsung, Semua ruang digunakan untuk bangunan dan kebanyakannya tinggi-tinggi belaka. Saya sempat bergambar di 5th Avenue, satu lokasi tumpuan pengunjung ke bandar ini. Kebanyakan bangunan di lokasi ini dihiaskan dengan lampu LED yang berwarna-warni.

5th Avenue New York pada 22 Jun 1996


Melawat Syracuse University


Di dalam perjalanan pulang, kami singgah di Syracuse University. Di sini saya berjumpa dengan best friend, Shaiful Anuar Mohamad, rakan sebilik semasa di KPP dahulu. Beliau sekarang dah jadi pegawai tinggi Kementerian Luar Negeri di Washington USA. Seronok juga kami melawat Syracuse sebab mereka buat barbeque bersempena dengan lawatan kami. Terima kasihlah warga Syracuse, you all memang terbaik.

Syracuse University

Diorang buat BBQ menyambut kedatangan kami




No comments:

Post a Comment